Ucapan Salam


Tuesday, 22 December 2015

AMANAH DAN TANGGUNG JAWAB SEORANG PELAJAR




   Amanah merupakan suatu tanggung jawab yang harus dipikul oleh setiap orang. Sesungguhnya amanah itu amat berat kerana tidak semua orang mampu menunaikan amanah yang dipertanggung jawabkan ke atasnya. Hanya IMAN sahaja yang mampu menyelamatkan seseorang dalam memikul amanah yang diberi.  Seperti firman Allah S.W.T :  “Sesungguhnya Kami menawarkan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung. Namun mereka menolak dan khawatir untuk memikulnya. Dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim lagi amat bodoh.” (Al-Ahzab 72)

Jadi apakah amanah kita sebagai seorang pelajar??

1) Amanah Akal dan Minda yang sihat
Itulah amanah yang Allah berikan kepada kita. Sebagai seorang pelajar jagalah akal dan minda kita dengan iman dan taqwa, jangan kita rosakkan minda kita dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah,seperti menonton video yang melalaikan atau makan makanan yang boleh melemahkan minda dan akal.

2) Amanah dari Ibu Bapa.
Cuba kita fikir, adakah selama ini kita sudah memunaikan amanah yang diberikan oleh ibu bapa kita? Ramai pelajar masih alpa dengan keseronokan yang tiada manfaat sehingga lupa pesanan kedua orang tuanya agar belajar bersungguh-sungguh serta menjadikan diri seorang insan yang berguna dan berakhlak mulia.

3) Amanah dalam Tugasan 
Seorang pelajar sentiasa dibanjiri dengan tugasan-tugasan atau kerja rumah yang diberikan oleh pensyarah atau guru. Berapa ramai yang masih tidak endahkan dan tidak peka dengan tugasan yang diberikan. Kita melakukannya dengan sambil lewa dan kadang-kadang lewat dalam menghantar tugasan. Jadi cuba kita fikir bagaimana ilmu yang kita perolehi itu dapat keberkatan?? Tepuk dada tanyalah Iman.

4) Amanah kepada Masyarakat dan Agama
Seorang pelajar yang amanah dan bertanggungjawab, akan sentiasa menyebarkan ilmu yang dipelajarinya kepada masyarakat untuk dikongsi bersama. Selain itu, menyebarkan hukum Allah dilandasan yang betul dan memastikan Ilmu Allah dikembangkan kepada semua orang.

Tunaikanlah amanah dan tanggungjawab anda, kerana segala amanah yang diberikan akan dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat kelak.

KEEP IT UP, DONT GIVE UP..



WE CARED, WE SHARED
MUHAMMAD AMRAN GNEUZ

Thursday, 10 December 2015

Indah Dunia

Assalamualaikum 

semua..
alhamdulillah bertemu lagi kta setelah hampir 1 minggu hilang tanpa berita..
sedang bercuti sebenarnya bagi menenangkan fikiran setelah penat bekerja berniaga sana sini..
apa salahnya kita bercuti di kampung..

Kali ini saya sekadar ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya fikirkan semasa mengambil ketenangan berada di Kampung Halaman...
Kata pepatah " INDAH khabar dari rupa"


Anda Tahukah INDAH itu apa???

Indah ni memberi banyak maksud.. Indah atau cantik... indah atau menawan.. indah atau sesuatu yang baik..
semua perkara melibatkan INDAH memberi kesan postif..
Pernah anda rasa Indah itu Negatif???
Xpernahkan??
Tapi ada yang Indah memberi kesan Negatif  iaitu:


INDAH KHABAR DARI RUPA


Ini pepatah melayu yang sering kita dengar, benda kalu dah xelok mengaku ja.. ini tak.. xpernah nak mengaku.. kebanyakan tipu jer...jujurlah pada diri.. kalu kita ni seorang yang "Humble" semua orang akan tahu... kita ni seorang yang hebat.. jadi xbayah nak sombongkan diri.. TAWADUQ sahaja..


INDAH KATA DARI PERKARA

ini bukan pepatah tetapi mengisahkan orang yang berjanji lebih dari perbuatan yang dilakukan.. ibarat pepatah barulahkn.. banyak  kita dengar kata janji manis... berjanji itu ini.. tengok hasil... Hampeh... Kalau nak berjanji biar ditepati.. bukan di capati.. biar kita cakap nampak ada keyakinan pada orang dan hasilnya pun xdalah nampak "Lack"... masa nak... kata2 mengalahkan sasterawan negara.. kebanyakkan lelaki nak "tackle" perempuan.. cer tengok janji dy... gunung pon dy sggup daki.. swuh buat tengok.. lautan api sanggup.. cer swuh tengok.. xda mknanya nak buat.. jadi... kalu nak berjanji.. tengok kemampuan anda.. mampu ker?? kalux.. xpyah berjanji..


INDAH RUPA DARI RASA


Ini kebanyakan melibatkan produk makanan... xkisah kedai  or pasar raya.. kadang2 dy pya rupa tu buat kita terliur sampai tidur malam xlena kalu xdpat.. dah dapat.. mula mengamuk satu rumah... situasi macam ni bijaklah dalam memilih.. kadang2.. nampak xcantik tapi isinya.. pergh.. TERBAIK TOQ... saya pon xderlah memilih kekadang tgok wah menarik.. sebat... last2 duduk termenung... selalunya kaum hawa lah yang mudah terpengaruh dengan benda2 mcm ni.. jgn cepat tertarik.. nanti menyesal.. kena tgok feeedback dan testimonial pegguna.. nampak memberangsangkan... apa lagi sapu terus.. insyallah memag bagi impak yang SUPERB lah.....



Jadi.. kesimpulanya setiap yang INDAH.. x semestinya indah.. mesti ada kekurangnya... tetapi.. setiap SETIAP KEKURANGAN ADA KELBIHAN... tapi jangan mudah terpedaya.. terutamanya dalam membeli.. tgok hasil dahulu... insyallah..mesti ada kesan yang baik pada kita...


sekian sahaja... insyallah ada masa lagi kita kan bertemu pada masa akan datang dengan tips2 yang berguna kepada anda semua...

addios
KEEP IT UP, DONT GIVE UP..



WE CARED, WE SHARED
MUHAMMAD AMRAN GNEUZ